Tag Archives: ops daulat

FA 18 Hornet

Ops Daulat | Demi MARUAH dan KEDAULATAN Negara.

bangunlah

9 Februari 2013, tanah kami kau langgar,
Dengan senjata, maruah kami kau cabar, 
Dalam rundingan, kami bersabar,
Apa mungkin “saudaraku” perjuanganmu tersasar,
Kau degil, terus mencakar,
Perdamaian sudah semakin samar

1 Mac 2013, Hari Jumaat yang besar,
Darah saudara kami kau lapar,
Batang tubuhnya kau kelar,
Dibawa pulang keranda digandar,
Menangis si kecil, diminta bersabar,
Hilang sudah tempat bermanja, tempat bersandar

Satu Malaysia Mula Tersedar,
Kau bukannya saudara, malah musuh tegar,
Dari Padang Besar ke Daerah Papar,
Semboyan Keramat memanggil Pendekar

Kami sudah hilang sabar,
Pendekar melangkah tangan menggegar,
Mana musuh kami panggar, kami selongkar, kami bongkar,
Tidak bersisa kami langgar,
Berlembut kami kau salah anggar,
Ini bumi, tanah Pendekar

Rejimen Gerak Khas, 
Kuala Lumpur 
5 Mac 2013

1. Setelah hampir 3 minggu lebih penceroboh berkampung di Lahad Datu, akhirnya ATM dan PDRM membentuk satu pasukan penggempur gabungan (Combine Arms Group) arahan daripada Markas Angkatan Bersama untuk all-out-action.

2. Serangan itu dilancar selepas kumpulan terbabit tetap enggan menyerah diri sekalipun diminta berbuat demikian oleh pasukan keselamatan.

3. Sehingga kini, lapan anggota pasukan Polis Diraja Malaysia terkorban ketika mempertahankan keselamatan negara daripada ancaman kumpulan penceroboh terbabit yang mendakwa mereka ‘Tentera Sulu’. Continue reading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...