Tag Archives: keistimewaan gunung kinabalu

Mount Kinabalu International Climbathon

(Event) Mount Kinabalu International Climbathon | 14 October 2012

Mount Kinabalu International Climbathon

1. Sudah menjadi satu keperluan untuk menyiapkan pasukan penyelamat yang bergerak laju dan pantas untuk membawa turun pendaki gunung yang tercedera sewaktu mendaki Gunung Kinabalu terutamanya apabila cuaca buruk dan helikopter tidak dapat digunakan.

2. Mungkin ini antara sebab pihak Taman Sabah membuat Climbathon seperti ini. Pada mulanya, hanya rakyat Malaysia sahaja yang boleh turut serta dalam acara ini. Namun sekarang, penyertaan sudah dibuka untuk semua orang. Pihak Tourism Sabah nampak akan potensi pelancongan dan mengambil alih acara ini pada 1995 untuk tujuan mempromosikan Sabah ke mata dunia. Continue reading

Fakta Gunung Kinabalu | Sayang Kinabalu


Gunung Kinabalu

1. GUNUNG KINABALU merupakan gunung tertinggi di Borneo dan keempat tertinggi di kepulauan Melayu. Berketinggian 13.435 kaki (4095 meter), menjadikannya gunung ke 20 tertinggi di dunia. 

2. Gunung Kinabalu agak muda, terbentuk kira-kira 10 juta tahun yang lalu. Terdiri daripada batuan igneus, granodiorite yang telah meresap di sekitar batu-batu sedimen. Semasa Epoch Pleistocene hampir 100 000 tahun yang lalu, gunung ini diliputi glasier.

3. Merupakan sebahagian daripada Taman Negara Kinabalu. Taman yang berkeluasan 754 kilometer persegi ini ditubuhkan pada 1964 sebagai taman negara pertama di Malaysia ketika itu. Dijadikan sebagai ‘Tapak Warisan Dunia’ oleh UNESCO pada tahun 2000. Taman ini menawarkan ‘pemandangan yang tidak ternilai’ dan dikira sebagai tempat yang paling menawan serta kawasan ekologi yang penting di dunia. Continue reading
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...