Situasi Terkini Di Lahad Datu dan Seluruh Sabah | #prayforSabah

559944_427785000642299_272250098_n

1. Di tengah kehangatan situasi yang berlaku di Sabah sekarang, saya terpanggil untuk menulis artikel ini.

2. Saya perhatikan, dari semalam lagi bila Semporna kononnya diserang, habis kecoh Timeline FB dan Twitter semua orang.

3. Apa yang saya boleh cakap buat masa ini, keadaan di Sabah tidaklah seteruk mana seperti yang digambarkan dalam laman sosial setakat ini. 

4. Semalam saya perasan ada individu yang menyebarkan berita kononnya Kunak sudah diserang. Sekali tengok, rupanya hanya khabar angin saja. Antaranya lagi, Sandakan, Tuaran dan Sepanggar, Sulu sudah siap sedia menyerang Sabah.

PDRM sudah mengesahkan berita ini palsu.

PDRM sudah mengesahkan berita ini palsu.

5. Apabila benda-benda ini tersebar, Malaysian especially Sabahan macam saya akan berada dalam keadaan risau. Kita tidak boleh menyalahkan individu yang share benda ini, tetapi kena ingat, impak dari penyebaran benda ini membuatkan kita dan ahli keluarga lain tidak duduk diam.

6. Dalam kekecohan ini juga timbul la bermacam-macam kes kematian tentera dan polis kita, yang mana kita sendiri pun dengar dari sumber yang tidak sahih.

7. Kita tidak boleh bermain dengan isu kematian ini kerana anda kena faham bagaimana perasaan ahli keluarga pasukan keselamatan kita di sana. Rata-rata pasukan keselamatan kita sekarang ini dari Semenanjung, dan akhirnya, apa yang berlaku, kematian itu sebenarnya tiada.

8. Tindakan kita ini hanya akan menimbulkan lagi satu perasaan emosi dan akan memaki-maki kerajaan sebab lambat bertindak.

9. Setahu saya, Polis sudah bekerjasama dengan Tentera dan jika Tentera yang mengambil alih tugas ini, penceroboh Sulu dalam bahaya. Kata Najib, ‘All Out Action‘ sebab taktik keji penceroboh kononnya menyerah kalah dengan melambai bendera putih sebelum menembak dengan mortar dan akhirnya dua perwira negara gugur.

10. Sandiwara politik? Maaf saya tidak berminat dengan politik Malaysia. Cuba anda pandang ini dari sudut nasionalisme. Dikala kita saling menyalahkan antara satu sama lain, kerja PTI la, Projek IC la, Pasukan Keselamatan tidak buat kerja la, stop this thing.

11. Stop this thing sebab media luar negara sudah menyalahkan kerajaan kita kerana membunuh penceroboh Sulu. Ada rakyat negara X yang memaki hamun Malaysia kerana menembak mati penceroboh negara ini. Kamu boleh google sendiri.

12. Kalau mereka sudah menghina negara kita, dan kita asyik menyalahkan pasukan keselamatan kita tidak buat kerja, siapa lagi yang mahu back-up Tentera dan Polis kita? Di mana maruah anda sebagai rakyat Malaysia?

SILENCE MEANS SECURITY

sh

13. Tidak dinafikan jika dari 3 minggu yang lalu lagi, kami perasan page kami dan page Sabahan yang lain agak panas sedikit, kami perasan ada sesuatu yang memerhatikan status dan komen di page ini, mungkin hanya perasaan, tetapi jika betul, ternyata perang minda mereka sudah berjaya. Ketakutan rakyat Sabah akan jadi sumber kekuatan mereka.

14. Kesukaran untuk mendapatkan berita terkini sebab jika krisis ini jadi berita utama di negara kita, semua rakyat akan menjadi panik. Antara sebab lain juga ialah pihak media tidak dibenarkan masuk ke zon berbahaya.

15. Untuk mereka yang inginkan update, sebenarnya anda tidak boleh percaya dengan apa yang anda baca di Facebook dan Twitter, even FB Page kami. Antara update yang boleh pakai sekarang ini, kalau di Facebook, jangan lupa like PDRM FB PAGE, Twitter, seperti Bernama, dan TV, pandai-pandailah. Jangan buat sebarang spekulasi yang rupanya indah khabar dari rupa.

16. So apa tindakan seterusnya, now its our turn untuk guna pendekatan tunggu dan lihat. PDRM dan ATM sudah buat kerja. Jangan update sebarang road-block ataupun apa-apa yang berkaitan dengan operasi mereka. Mereka sudah ada cara tersendiri. Aset-aset penting negara pun sudah berada di sini. Kehadiran tentera dan polis di tempat anda tidak sepatutnya mendatangkan kerisauan kepada anda.

17. Maaf jika ada artikel yang menyinggung mana-mana pihak. Kami langsung tiada niat untuk menyalahkan sesiapa, cuma untuk peringatan kita bersama. Saya tau semua orang cintakan keamanan dan sayang Negeri Sabah dan Malaysia! Jangan lupa untuk berdoa memohon perlindungan daripadaNya mengikut kepercayaan masing-masing.

#prayforlahaddatu #prayformalaysia #prayforsabah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About admin

Cerita Tentang Sabah | We spread LOVE through the community so you can show and share your thoughts and amazing facts about Sabah.
This entry was posted in Berita, Fakta, Lahad Datu, Sabah, Tips. Bookmark the permalink.

15 Responses to Situasi Terkini Di Lahad Datu dan Seluruh Sabah | #prayforSabah

  1. Pingback: Status Terkini Pencerobohan Kumpulan Bersenjata di Lahad Datu | Terkawal (Part 2) | SabahLuv.com

  2. Pingback: Status Terkini Pencerobohan Kumpulan Bersenjata di Lahad Datu | Terkawal (Part 3) | SabahLuv.com

  3. Pingback: Status Terkini Pencerobohan Kumpulan Bersenjata di Lahad Datu | Terkawal | SabahLuv.com

  4. Pingback: Tragedi Lahad Datu dan Tindakan Sewajarnya | Tragedi 1313 | Komando 69 | SabahLuv.com

  5. Saya yakin pertahanan negara kita lebih dari mampu untuk mematahkan tanduk pencoroboh yg baru tumbuh di negara berdaulat ini.

  6. drbudimanmejenis says:

    Asalam dan selam sejahtera warga malaysia,
    Pada saya, tidak kira…..sesiapa….selagi kita dianugerahkan kp warganegara……..setitik darah saudara kita gugur ke bumi…tak kira, bangasa, dan agama. ….kita mesti…..bersama…bersatu…..ingatlah….wahai bangsaku….Malaysia……kita tiada bumi lain atau negara lain yang mamapu…kita miliki…..maka….pertahankanlah…..pertiwi ini…..hingga ke titisan darah terakhir…….Malaysia hanya SATU….amin.

  7. malaysian says:

    x kira bangsa dan agama apa sekalipun jika sudah menceroboh tetap penceroboh..
    yg sudah jd warganegara jgn jadi talibarut..
    wlpun berbeza identiti kita mahu hidup di Malaysia…
    semoga rakyat Sabah cekal menghadapi dugaan ini…
    ada HIKMAH sebalik pencerobohan..antarannya kawalan lebih ketat bagi menangani PTI

  8. anak merdeka says:

    ANTARA ATIKAL BERNAS DAN PATRIOTIK …SYABAS DAN TERIMA KASIH.

Ruangan Komen