Sejarah Ringkas Mengenai Sulu Semasa | Asree Sug

MNLFlogo

Moro National Liberation Front | MNLF
Muncul bermula pada tahun 1970-an atas inisiatif beberapa pemimpin awal berpendidikan tinggi ketika itu termasuk Nur Misuari. Kumpulan ini adalah Majoriti Tausug Islam dan sedikit dari suku Mindanao beragama Islam tapi berfahaman Mao Tze Tung dalam gerakan ketenteraan untuk Republik Bangsamoro. Masih ramai anggota MNLF yang berkubu di pedalaman Jolo.

MILF
MILF pula pada awalnya mereka adalah anggota MNLF juga yang kemudian keluar dari MNLF kerana tidak setuju dengan perjanjian damai antara MNLF dengan Filipina tahun 1996. MILF ini majoritinya ialah suku bangsa Mindanao yang berbeza budaya dan bahasa dengan kepulauan Sulu.

ABU SAYYAF
Kumpulan ini pada awalnya adalah dari kumpulan MNLF juga yang kemudian memisahkan diri dari MNLF kerana tidak setuju dengan perjanjian damai 1996 antara MNLF dengan Filipina. Mereka juga adalah Tausug sebagaimana majoriti MNLF itu. Gelaran Abu Sayyaf ini sendiri adalah gelaran luar terhadap mereka walhal mereka namakan kumpulan mereka sebagai Mujahidin Patikul secara umum. Mereka dikaitkan dengan gerakan Abu Sayyaf hanya kerana sebahagian mereka terpaksa memilih jalan penculikan untuk mendapatkan bekalan dan untuk memalukan Filipina secara berterusan. Filipina dah berpuluh kali menyerang kedudukan mereka namun kumpulan ini masih tidak terkalah.

Sebahagian besar anggota Abu Sayyaf yang meletakkan senjata menggantikannya dengan memacak bendera SSDI. Mereka dah letak senjata dan menyertai SSDI yang perjuangkan keamanan. Sebab itu jangan hairan SSDI sangat mendapat sambutan menggalakkan di Patikul.

GERAKAN KESULTANAN SULU

kiram2

Gerakan Kesultanan Sulu ini terbahagi dua. Pertama gerakan Keluarga KIRAM. Gerakan Kiram kebanyakannya adalah menggunakan kerakyatan Filipina dan berusaha menuntut Sabah untuk dimasukkan ke dalam Filipina. Keluarga Kiram terbahagi dua disebelah lelaki, ialah Keluarga Datu Esmail Kiram I bin Rajamuda Mawallilwasit, kedua ialah Keluarga Datu Punjungan bin Rajamuda Mawallilwasit. Kedua dua keluarga ini adalah Filipino yang modus operandinya ialah mengiktiraf Filipina sebagai yang empunya SABAH kerana bendera masing masing tidak berdiri sendiri kecuali diiringi oleh bendera Filipina.

Sultan Bantilan II sedang berpidato di atas pentas di padang Capitol, Jolo, Sulu Darul Islam. Beliau dipaksa oleh rakyat menjadi Sultan Sulu pada tahun 2009. Seminggu Baginda dipujuk akhirnya dengan tangisan beliau menerimanya... baginya jawatan Sultan sangat berat dipikul dalam keadaan Sulu ketika ini. Namun air matanya tidak dapat menghalang rakyat untuk mengangkatnya menjadi Sultan Sulu Darul Islam. Tidak seperti Sultan-sultan KIRAM yang berebut-rebut mengangkat diri sendiri? - Tausug Global

Sultan Bantilan II sedang berpidato di atas pentas di padang Capitol, Jolo, Sulu Darul Islam. Beliau dipaksa oleh rakyat menjadi Sultan Sulu pada tahun 2009. Seminggu Baginda dipujuk akhirnya dengan tangisan beliau menerimanya… baginya jawatan Sultan sangat berat dipikul dalam keadaan Sulu ketika ini. Namun air matanya tidak dapat menghalang rakyat untuk mengangkatnya menjadi Sultan Sulu Darul Islam. Tidak seperti Sultan-sultan KIRAM yang berebut-rebut mengangkat diri sendiri? – Tausug Global

Kedua ialah gerakan keluarga BANTILAN. Keluarga Bantilan ini banyak di Malaysia dan Indonesia selain di Sulu sendiri. Mereka sangat pakar dalam pensejarahan Kesultanan Sulu kerana mereka menyimpan rahsia protokol kesultanan. Keluarga Bantilan bukan dari Jalur Kiram. Bantilan bertemu dengan keluarga Kiram pada Sultan Badaruddin 1 sekitar tahun 1720-an. Keluarga Bantilan sering menjadi pakar rujuk keluarga Kiram semenjak zaman kesultanan awal lagi.

Berbanding keluarga Kiram, keluarga Bantilan tidak pernah menyatakan untuk menuntut Sabah sebab itu Bantilan menggunakan nama KESULTANAN SULU DARUL ISLAM dengan singkatan SSDI tanpa memasukkan nama NORTH BORNEO pada nama SSDI. Kiram sebaliknya sering meletakkan nama North Borneo selepas nama Sultanate of Sulu dalam gerakan mereka. SSDI yang menjadi landasan perjuangan Bantilan sangat mengharapkan Malaysia, Filipina dan Indonesia membuat hubungan baik dengan masyarakat Sulu yang semakin teraniaya dan diekspoitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kepada pembaca, jangan lupa LIKE FB Page kami Saya Sayang Negeri Sabah dan FOLLOW Twitter kami @SabahLuv untuk mendapatkan info terkini dari kami. Tq.

Via Tausug Global

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About admin

Cerita Tentang Sabah | We spread LOVE through the community so you can show and share your thoughts and amazing facts about Sabah.
This entry was posted in Fakta, Sabah, Sejarah and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Sejarah Ringkas Mengenai Sulu Semasa | Asree Sug

  1. Pingback: Perhimpunan Aman Masyarakat Suluk Sabah Menentang Keganasan Sultan Jamalul Kiram 2 | Sandakan | SabahLuv.com

Ruangan Komen