Rumah Terbalik Pertama di ASIA TENGGARA! | The UPSIDE DOWN HOUSE Only in Borneo

   
   AMAZING! Hanya itu yang dapat saya gambarkan apabila melihat rumah ini yang sangat unik dan lain daripada yang lain. Dibuka untuk lawatan orang ramai pada 1 Feb 2012, ‘UpsideDown House’ ini akan menjadi ikon Pekan Tamparuli di masa hadapan. Terletak di tepi Jalan Telibong Tamparuli, tidak sukar untuk melawat rumah ini memandangkan lokasinya yang strategik di tepi jalan. 

Lokasi Rumah Terbalik

   Harga tiket untuk masuk ke sini ialah : RM18 (non-IC holder), RM10 (IC-holder) promosi 3 bulan pertama, RM5(pelajar sekolah) dan budak berumur bawah 3 tahun boleh masuk percuma.


Setibanya anda disini, anda akan disambut oleh para staf Rumah Terbalik ini, dan sememangnya mereka tidak lokek dengan senyuman.
Gambar dari ‘Entrance’
   Selesai membayar tiket, anda akan dibawa masuk ke dalam rumah ini. Seperti biasa,anda akan disuruh ketuk pintu menandakan kedatangan anda. Jangan terkejut sekiranya jika anda masuk, TV dan sofa berada di atas kepala anda! Ruangan yang ada dalam rumah ini spt ruang tamu, beranda, bilik tidur utama, tandas, bilik tidur anak lelaki dan dapur. Apa yang menarik perhatian saya, perabot-perabot yang ada dalam rumah ini semuanya dalam keadaan terbalik. Maaf saya tidak dapat tunggu lama-lama dalam rumah ini kerana berasa pening melihat semuanya yang seakan-akan menunjukkan anda berjalan di siling rumah!

Perhatikan baju yang disidai. Seakan-akan rambut yang dikenakan ‘Wax’.
Basikal juga turut ‘UpsideDown’
   Selesai anda dibawa meronda ke dalam kawasan rumah, terdapat juga ‘Tamu’ atau kedai yang menjual cenderamata dan ‘Kedai Kopi’ untuk anda bersantai mengembalikan anda ke dunia yang sebenar setelah melihat keadaan rumah yang ‘Upside Down’ ini. 

Tamu atau Kedai Cenderamata.


Antara cenderamata : ‘Wood Bookmark’
Rekaan baju juga turut ‘UpsideDown’! 
FAKTA MENARIK ‘UPSIDEDOWN HOUSE’    
1. Rumah ini mengisahkan tentang kehidupan bahagia keluarga yang berasal dari Kota Belud yang mana mereka mempunyai seorang anak lelaki tunggal. Ayahnya berasal dari Kota Belud dan berbangsa Dusun Tindal, Emaknya pula berasal daripada Papar dan berbangsa Cina-Kadazan (Sino)  dan anaknya mewarisi darah Dusun dan Cina.

2. Konsep rumah terbalik ini hanya lima sahaja di dunia buat masa ini, dan ini yang kelima. Rumah terbalik yang ini pertama seumpamanya di Asia Tenggara. 

3. Sebaik anda memasuki rumah, semua barang dan perabot akan kelihatan terbalik. Cuma ada satu sahaja benda yang berada pada kedudukan normal (tidak terbalik). Perhatikan betul-betul jika anda berpeluang ke sini nanti. 

4. Anak lelaki tunggal mereka amat meminati seni pertahanan diri Aikido. Yang menarik, di bilik anak lelaki mereka ada poster Steven Seagel, lagenda Aikido dunia.

5. Perabot yang paling berat di dalam rumah ini ialah MESIN JAHIT iaitu seberat 35kg! 

6. Rumah ini berkonsepkan rumah tempatan terutamanya rumah-rumah di daerah Kota Belud.

7. Anda tidak masuk melalui pintu hadapan tetapi dari ruang tamu rumah. Beranda rumah pula ditutup dengan cermin agar hujan tidak masuk walaupun hakikatnya beranda rumah sebenar ‘open air’.

8. Pembukaan ‘Grand Opening’ rumah ini ialah pada 28 Feb 2012 tetapi sudah mula dibuka untuk lawatan orang ramai pada hari ini (1 Feb 2012). 

9. Bilik tidur utama juga menarik dengan hiasan komputer terbalik! Di bahagian tandas pula, mesin basuh terbalik, di laman rumah pula, kereta Kancil terbalik!

10. Rumah ini dan kawasan sekitarnya dilengkapi CCTV!

11. Tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar di dalam rumah, jika mahu, anda mesti membayarnya dengan harga RM100 sekeping!

Perhatikan kereta sorong tersebut.
Tamu, Pejabat, Kedai Kopi dan Tandas.
Kemudahan tandas yang selesa.
Kereta ‘Kancil’ terbalik.
Gambar dari tepi sebelah garaj.
Amazing!
Lihat Stesen Minyak Shell itu. The UpsideDown House betul-betul terletak di tepi jalan ini. 

   ’UpsideDown House’ ini dibuka 8 pagi hingga 8 malam setiap hari dan akan dirasmikan pada 28 Feb 2012. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Mr. Kenny Anthonio Jinidu di talian 016 8395736 dan anda juga boleh mengikuti perkembangan mereka di FB Page mereka (klik sini). Jangan lupa share bersama rakan yang lain.=)        

Kepada pembaca, jangan lupa LIKE FB Page kami Saya Sayang Negeri Sabah dan FOLLOW Twitter kami @SabahLuv untuk mendapatkan info terkini dari kami. Tq.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About admin

Cerita Tentang Sabah | We spread LOVE through the community so you can show and share your thoughts and amazing facts about Sabah.
This entry was posted in Borneo, Fakta, Tamparuli, Tuaran and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

7 Responses to Rumah Terbalik Pertama di ASIA TENGGARA! | The UPSIDE DOWN HOUSE Only in Borneo

  1. Nice info. Want to visit there soon! :)

  2. Jimmy Omar says:

    Great idea but pricings need review… RM2.00 for students baru ngam mah…

  3. Jack says:

    WOW!mohon share k!lawa la.

  4. Anonymous says:

    Nice idea….I must visit this place one day.

  5. Anonymous says:

    amazing..huhu.. i will b there.. asap..huhu

Ruangan Komen