Rebat Smartphone RM 200 | Antara Kedai Telefon Yang Menerima Rebat di Sabah

rebat

1. Masih bingung untuk mencari kedai yang menerima rebat smartphone RM 200 ini? Kalau sudah mendaftar then its ok. Kalau yang belum mendaftar, boleh la berbuat demikian, klik sini untuk mendaftar. Tapi sebelum tu boleh baca syarat kelayakan untuk mendaftar di sini

  • Warganegara Malaysia yang berumur di antara 21-30 tahun pada tarikh memohon;
  • Pendapatan bulanan adalah RM3,000 dan ke bawah;
  • Model telefon pintar 3G yang ditawarkan;
  • Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar; dan
  • Satu telefon hanya untuk satu belia;

2. Selepas anda mendaftar (pastikan anda guna emel yang boleh buka, jgn yg lupa paswod), pihak SKMM akan menghantar borang yang anda telah isi tadi. Anda kena print borang ini dan sertakan salinan IC ketika melakukan pembelian beserta borang ini.

3. Ramai orang bertanya sama ada handphone biasa boleh dibeli dengan rebat ini, jawapannya ialah tidak. Sedangkan jika anda hendak membeli tablet pun anda tidak boleh guna rebat ini untuk beli tablet yang anda inginkan. Kuota untuk rebat smartphone ini kalau tidak silap untuk 1.5 juta belia. So cepat-cepat la daftar sebelum kuota habis.

4. Antara service provider yang menyediakan perkhidmatan rebat smartphone ini ialah,

digi

Antara harga smartphone Digi jika anda membeli secara postpaid.

5. Ok, now saya suda senaraikan senarai service provider yang menerima rebat ini. Contoh kalau kamu ada masa pergi 1B lepas ni, kamu boleh terus pergi dekat Digi dan Celcom punya cawangan di sana. Digi dekat Lower Ground, Celcom dekat Ground Floor area Tune Hotel sana. Kalau Maxis, boleh pergi sana Warisan Square, ada cawangan Maxis dekat sana.

6. Dan setiap pembelian kita ni, kerajaan wajibkan kita untuk melanggan internet, so service provider akan bagi kita pilihan sama ada mau yang postpaid atau prepaid. Masa saya pergi Digi di 1B tu hari dia cakap ‘tidak apa janji kau bayar internet untuk seminggu ja ok suda ni, tidak perlulah postpaid semua, mahal‘.

7. Terkejut juga saya baru-baru ni sebab ada peniaga telefon masuk kampung bawa telefon pintar ni dan jual dalam harga serendah Rm 199 (harga yang murah untuk sesebuah smartphone). Jangan terkejut sebab smartphone ada banyak jenis and perisian juga.

8. Antara jenis perisian yang popular ialah iOS, Android, Windows Phone dan Blackberry (lupa apa dia guna ni). Kalau kamu perasan, banyak tablet yang datang dari China guna Android sebab Android senang ditune.

9. Dekat Malaysia ni selain daripada brand CSL, Huawei, dan macam-macam lagi handphone yang bilang orang datang dari China ni, ada syarikat di negara kita yang mengeluarkan smartphone sendiri.

nine

10. Syarikat yang saya maksudkan ialah Ninetology. Pelbagai range smartphone yang ditawarkan. Saya tengok specs yang ditawarkan oleh smartphone mereka ini boleh tahan juga, berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Untuk info lebih lanjut boleh pergi ke website Ninetology atau like Facebook Page Ninetology Sabah.

nine2

Range smartphone yang ditawarkan Ninetology. Harga selepas rebat.

11. So kalau berminat, boleh datang terus di branch Ninetology Sabah di Star City, level 2. Ini antara SKMM authorized Dealer yang ada di Sabah. Mungkin ada di daerah kamu so kamu boleh pergi sini untuk tengok smartphone-smartphone yang dapat rebat kerajaan.

  • KOMPLEKS CAHAYA, TAWAU: 016-8282992
  • JLN DUNLOP, Tawau: 016-8282992
  • MILIMEWA SUPERSTORE, Tawau: 016-8282992
  • DONGGONGON NEWTOWNSHIP, Penampang: 088-725977
  • MEGALONG SHOPPING MALL, Donggongon: 012-8369669
  • BANDAR PENAMPANG BARU, Penampang: 088-726571
  • City Parade, KK: 012-8111761 , 088-259775 , 016-8128777
  • KK Plaza, KK: 010-9337002
  • CENTRE POINT SHOPPING CENTRE, KK: 016-8128777
  • WARISAN SQUARE, KK: 016-8128777
  • Bandar Sandakan, Sandakan: 012-8158866
  • SEDCO COMPLEX, Keningau: 016-8124688
  • ARSHAD SHOPPING COMPLEX, Keningau: 016-8124688

10. Siapa yang ada pengalaman beli smartphone guna rebat ni, boleh share bersama pembaca yang lain. Kepada pembaca, jangan lupa LIKE FB Page kami Saya Sayang Negeri Sabah dan FOLLOW Twitter kami @SabahLuv untuk mendapatkan info terkini dari kami. Tq.  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About admin

Cerita Tentang Sabah | We spread LOVE through the community so you can show and share your thoughts and amazing facts about Sabah.
This entry was posted in Kota Kinabalu, Sabah, Tawau, Tips and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Rebat Smartphone RM 200 | Antara Kedai Telefon Yang Menerima Rebat di Sabah

  1. natasha says:

    bole tolong reject rebate saya?

Ruangan Komen