(Lejen) Bukit Tengkorak Semporna Tapak Arkeologi berusia 3000 TAHUN! | Skull Hill Semporna

Bukit Tengkorak Semporna Sabah (image by Rabani)

1. Bukit Tengkorak terletak di persisiran pantai Semporna, kira-kira 500 kaki dari paras laut, di timur Sabah. Kajian arkeologi yang sistematik dan saintifik telah dijalankan di Bukit Tengkorak dan kawasan sekitar daerah Semporna oleh sekumpulan Penyelidik dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Jabatan Muzium Sabah semenjak 1994 hingga hari ini.

Kesan kawah Gunung Berapi yang terdapat di belakang Bukit Tengkorak.

2. Bukit ini merupakan sebahagian daripada bibir gunung berapi suatu ketika dahulu yang berdiameter 2 km persegi. Bukit Tengkorak juga telah dikenal pasti sebagai salah satu tapak pembuatan tembikar tanah yang terbesar sekali di Asia Tenggara pada Zaman Neolitik.

Tapak pembakaran tembikar purba yang berusia 3,000 tahun

3. Pelbagai tinggalan bersejarah boleh ditemui di sini antaranya ialah seperti serpihan tembikar dan pelbagai artifak arkeologi seperti alat batu mikrolit (kecil), batu pemukul kulit kayu, beliung sisa-sisa tulang haiwan serta cengkerang dan tulang ikan.

Pecahan tembikar dengan corak berturis dan tekanan yang ditemui di Bukit Tengkorak.

4. Kajian mereka juga mendapati bahawa teknologi pembuatan tembikar masih lagi diamalkan sehingga ke hari ini oleh masyarakat Bajau di Semporna.

Pecahan tembikar yang telah diekskavasi di Bukit Tengkorak.

5. Wujud pergerakan manusia dan rangkaian perdagangan antarabangsa secara jauh melalui lautan di antara Kepulauan Asia Tenggara dan Pasifik seawal 3000 tahun dahulu! Maknanya, mereka sudah menjalankan hubungan perdagangan dengan penduduk di Nusantara dan kepulauan Pasifik sebelum ini.

Tapak persisiran pantai Bukit Tengkorak, terdapat bongkah volkanik yang menjadi pelindung dan juga terowong angin semulajadi yang membolehkan pembakaran tembikar dibuat

6. Penemuan lain yang unik di tapak ini ialah industri pembuatan alat batu mikrolit yang diperbuat daripada batuan akik, cert dan obsidian. Industri alat batu mikrolit itu merupakan penemuan yang luar biasa dan jarang sekali ditemui di kepulauan Asia Tenggara.

via Heritage.gov, NewSabahTimes

Kepada pembaca, jangan lupa LIKE FB Page kami Saya Sayang Negeri Sabah dan FOLLOW Twitter kami @SabahLuv untuk mendapatkan info terkini dari kami. Tq.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About admin

Cerita Tentang Sabah | We spread LOVE through the community so you can show and share your thoughts and amazing facts about Sabah.
This entry was posted in Borneo, Fakta, Lagenda, Sejarah, Semporna and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to (Lejen) Bukit Tengkorak Semporna Tapak Arkeologi berusia 3000 TAHUN! | Skull Hill Semporna

Ruangan Komen